Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
TPM bakal lancar pelan transformasi PBT, kata Halimah
Diterbitkan:  Apr 19, 2017 1:29 PM
Dikemaskini: 5:30 AM

Pelan Transformasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang antara lain bertujuan meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan PBT di seluruh negara telah siap dan dijangka dilancar pertengahan tahun ini.

Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Mohd Sadique berkata, ia disiapkan bersama enam buku panduan pelaksanaan mengikut teras masing-masing untuk kegunaan PBT di seluruh negara.

"Pelan ini dijangka dilancarkan Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) pada pertengahan tahun ini," katanya pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Negara hari ini.

Halimah menjawab soalan Senator Datuk Yoo Wei How yang mahu kementerian menyatakan status Pelan Transformasi PBT setakat ini.

Mengulas lanjut, Halimah berkata bagi memastikan pelan itu relevan kepada rakyat, kerajaan negeri dan PBT, kementerian telah mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak berkepentingan untuk mendapatkan pandangan dalam membangunkan pelan itu.

- Bernama

Lihat Komen
ADS