Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
BERSATU intai tiga kerusi marginal di Pulau Pinang

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sedang mengintai tiga kerusi Parlimen di Pulau Pinang - Kepala Batas, Tasek Gelugor dan Balik Pulau.

Menurut Pengerusi BERSATU Pulau Pinang, Marzuki Yahaya, parti itu sedia untuk berdepan dengan Umno, di ketiga-tiga kerusi berkenaan yang disifatkan sebagai "nyawa-nyawa ikan" di negeri itu.

"Terpulang kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk membuat keputusan jika kita boleh bertanding di sana. Kita mempunyai peluang yang cerah kerana landskap politik semasa tidak memihak Umno," dakwa Marzuki.

"Kita bersedia di kerusi itu kerana sambutan baik yang kita terima apabila melawat kawasan tersebut baru-baru ini."

Beliau mendakwa terdapat 31 kerusi parlimen, termasuk di Kepala Batas dan Tasek Gelugor, di mana kedudukan Umno berada dalam ancaman kerana parti itu menang dengan majoriti tipis pada pilihan raya umum lalu.

Katanya, Datuk Seri Rizal Merican Naina Merican memenangi kerusi Kepala Batas dengan memperoleh 54.53 peratus undi, manakala Datuk Shabudin Yahaya memenangi kerusi Tasek Gelugor dengan 53.33 peratus undi.

"Umno juga bimbang dengan satu lagi kerusi, Balik Pulau, yang kini dipegang oleh Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, kerana parti kita mula menembusi kawasan itu," katanya.

Marzuki, seorang bekas pemimpin Umno berkata BERSATU dan pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad memberi tumpuan khusus kepada kerusi marginal.

"Adalah jelas Umno kini berada pada kedudukan paling lemah dan sekiranya pilihan raya diadakan sekarang, mereka akan menghadapi masalah," katanya.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS