Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Madinah digesa deklasifikasi laporan 1MDB
Diterbitkan:  Apr 26, 2017 8:40 AM
Dikemaskini: 12:59 AM

Ketua Audit Negara Tan Sri Madinah Mohamad digesa supaya mendeklasifikasikan laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB menjelang 100 hari beliau memegang jawatan tersebut.

Ketua komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata Madinah mesti "mencari keberanian" untuk berbuat demikian, selepas akhirnya berdepan dengan media semalam - 62 hari selepas pelantikannya.

"Namun saya dan orang ramai kecewa apabila beliau enggan menjawab sebarang pertanyaan oleh pihak media mengenai status Laporan Ketua Audit Negara berkenaan 1MDB. Keengganan beliau untuk memberikan respon ini bukanlah suatu yang positif," kata Fahmi dalam satu kenyataan.

Madinah, katanya, perlu berani menasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya deklasifikasi dan dedahkan Laporan Ketua Audit berkenaan 1MDB.

"Saya harap orang ramai akan dapat membaca laporan tersebut sebelum hari ke-100 Tan Sri Dr Madinah memegang jawatan Ketua Audit Negara," tegas Fahmi.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS