Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Polis siasat video 'fitnah' Najib, rampas telefon bimbit Pua
Diterbitkan:  Apr 26, 2017 2:01 PM
Dikemaskini: 6:07 AM

Polis mengambil masa kira-kira 80 minit bagi merakam kenyataan anggota parlimen DAP Tony Pua berhubung video yang didakwa mengandungi kenyataan fitnah terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Selepas disiasat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, anggota parlimen Petaling Jaya Utara itu dibawa dengan kenderaan polis pada kira-kira 11.40 pagi.

Ketika wartawan bergegas ke kenderaan tersebut dan menyoal beliau, anggota parlimen DAP itu berkata, polis mahu mengambil telefon bimbitnya.

Peguam Pua Lim Lip Eng berkata anak guamnya telah diiringi ke pejabatnya di Petaling Jaya.

"Pegawai penyiasat berkata sebelum mereka dapatkan telefon itu, beliau akan diletakkan di bawah jagaan polis. Tetapi tafsiran saya ialah beliau ditangkap," kata Lim.

Bagaimanapun, Lim percaya polis tidak akan memohon perintah reman.

Difahamkan Pua disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan, yang berkaitan dengan jenayah fitnah.

Video berkenaan disiarkan di laman Facebook Pua, sejurus selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan usul untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Najib sebelum ini memulakan satu saman fitnah terhadap Pua atas video berkenaan.

[Berita penuh menyusul]

Lihat Komen
ADS