Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sri Ram: Ada pilihan lain Ketua Hakim Negara
Diterbitkan:  Apr 26, 2017 4:14 PM
Dikemaskini: 8:36 AM

Bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Gopal Sri Ram berkata terdapat hakim lain yang mampu mengambil alih jawatan Ketua Hakim Negara sekiranya Tan Sri Md Raus Sharif bersara.

"Kita tidak boleh lupa bahawa kita mempunyai pengganti yang sangat berkebolehan seperti Hakim Besar Malaya Tan Sri Ahmad Ma'arop, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Hasan Lah.

"Jika perkhidmatan mana-mana mereka tidak lama, maka jawatan itu boleh diberikan kepada hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Zainun Ali, Tan Sri Zaharah Ibrahim atau Datuk Aziah Ali.

“Jika kerajaan membelakangkan perlembagaan dan kekangan undang-undang (untuk melanjutkan tempoh Raus), maka ini akan menyemai angin tetapi menuai badai,"kata Sri Ram.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah portal bahawa tempoh Raus dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dijangka dilanjutkan dua tahun lagi untuk memastikan kesinambungan, apabila BN di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berdepan pilihan raya umum ke-14.

Hakim Raus kini memasuki bulan ketiga daripada tempoh lanjutan perkhidmatan enam bulan selepas mencapai umur 66 pada bulan Februari lalu.

Sri Ram berkata langkah melanjutkan tempoh Khalid mungkin tidak menimbulkan masalah kerana beliau boleh diberikan kontrak untuk tempoh yang ditetapkan mengikut arahan perbendaharaan.

Bagaimanapun, katanya, langkah melanjutkan tempoh Ketua Hakim Negara adalah perkara lain.

"Di bawah Perlembagaan Persekutuan, tempoh maksimum seseorang ketua hakim atau mana-mana hakim lain mahkamah persekutuan boleh berkhidmat adalah hanya sehingga 66 tahun, ditambah dengan lanjutan enam bulan.

“Sebenarnya, peruntukan itu merangkumi semua hakim," katanya.

Ia termaktub dalam Perkara 125 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Sri Ram berkata, dua perkara yang mungkin berlaku jika Ketua Hakim Negara itu diberikan lanjutan dua tahun.

"Pertama, ini a akan mengugatkan badan kehakiman.

“Kedua dan yang lebih penting, lanjutan itu boleh dicabar, dan ini mungkin memalukan penyandangnya (Hakim Raus). Ini mesti dielakkan pada sebarang kos," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS