Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lim: Kenapa saya tak boleh saman media?
Diterbitkan:  May 3, 2017 11:45 AM
Dikemaskini: 3:50 AM

WAWANCARA l Beliau sering mengheret akhbar-akhbar yang disifatkannya sebagai ‘media BN’ kerana melampaui batas dalam laporan mereka tetapi bagi Ketua Menteri Lim Guan Eng, hubungannya dengan wartawan arus perdana tetap mesra.

Dalam satu wawancara, Lim memberitahu Malaysiakini bahawa beliau tidak ada masalah dengan wartawan tetapi tidak berpuas hati dengan pihak pengurusan akhbar-akhbar seperti dari Utusan Malaysia, The New Straits Times dan The Star.

Bagi membuktikan kenyataannya itu, sehari sebelum Hari Kebebasan Akhbar Sedunia hari ini, Lim menziarahi kolumnis The Star, AR Amiruddin di Hospital Besar Pulau Pinang, dan menyerahkan sumbangan sebanyak RM1,000 untuk perbelanjaan perubatannya.

Amiruddin, 72, melahirkan rasa terkejut dengan lawatan itu dan tidak menyangka ketua menteri Pulau Pinang itu sanggup meluangkan msa "melawat orang kecil seperti saya".

Kembali kepada realiti. Lim tidak melepaskan media akhbar Cina sebagai sasarannya. Katanya, hubungan dingin itu tercetus pada pilihan raya umum 2013.

Beliau secara terbuka membidas tiga akhbar di Pulau Pinang yang menerima sumbangan daripada Kelab Kebajikan 1Malaysia, sebuah pertubuhan yang mencurigakan yang diurus oleh seorang rakan Low Taek Jho, jutawan kelahiran negeri itu yang dikaitkan dengan skandal 1MDB.

Kelab, yang telah dibatalkan pendaftarannya, sering menganjurkan makan malam setiap hari berserta cabutan bertuah, dan menyumbang jutaan ringgit sebagai derma kepada persatuan dan NGO.

Low, yang lebih dikenali sebagai Jho Low, dan dua yang lain, termasuk anak lelaki Datin Seri Rosmah Mansor, Reza Aziz, adalah subjek siasatan di beberapa negara, termasuk oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat, Switzerland dan Singapura, bagi dakwaan terbabit dengan aktiviti pengubahan wang haram.

Bagaimanapun BN Pulau Pinang menafikan bahawa Jho Low adalah di belakang jentera pilihan raya mereka yang gagal menawan negeri itu.

Pada pilihan raya itu, Gerakan, MCA dan MIC gagal untuk memenangi sebarang kerusi, manakala Umno hanya menang 10 kerusi DUN.

Ini tidak menghalang Lim daripada mempersoalkan profesionalisme surat khabar berkenaan dan menyoal, "adakah dana itu datang daripada 1MDB?"

"Hubungan kami bertukar dingin apabila saya enggan menyokong mereka menerima wang itu," katanya.

"Mereka guna setiap peluang untuk menyebarkan berita palsu terhadap saya dan keluarga saya. Saya hanya saman akhbar yang menyebarkan pembohongan terhadap saya.

"Apabila fitnah dan pembohongan dilemparkan terhadap ketua menteri, ia boleh menjejaskan kerajaan negeri," katanya.

Lim cuba untuk tidak mengheret akhbar Cina berkenaan ke mahkamah tetapi apabila seorang daripada pemberita syarikat itu menyaman beliau pada bulan Mac lalu, beliau menyoal dirinya sendiri: “Jika kamu boleh saman saya, mengapa saya tidak boleh berbuat demikian?”

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS