Timbalan KPN didakwa berbohong mengenai Soosai
Terjemahan Timbalan Ketua Polis Negara (KPN) Datuk Musa Hitam dituduh berbohong dan subjudis oleh seorang lelaki yang dikaitkan dengan penyiaran lamanweb Michael Soosai dan sebelum ini telah dikenalpasti sebagai Soosai sendiri.
Terjemahan Timbalan Ketua Polis Negara (KPN) Datuk Musa Hitam dituduh berbohong dan subjudis oleh seorang lelaki yang dikaitkan dengan penyiaran lamanweb Michael Soosai dan sebelum ini telah dikenalpasti sebagai Soosai sendiri.
Surat terbuka yang ditulis dalam Bahasa Malaysia, yang dialamatkan kepada Musa (foto) itu bertarikh 23 Julai dan ditandatangai oleh Dr N Mahadevan (Mahadevan Nair). Salinan surat tersebut turut dihantar kepada dua organisasi media, termasuk malaysiakini.
Kandungan surat tersebut sebahaian besarnya berdasarkan kepada kenyataan Musa yang dilaporkan dalam media Malaysia pada 22 Julai, bahawa pihak polis telah mengesan lokasi tempat persembunyian Soosai di India.
Musa dilaporkan sebagai berkata, sepasukan anggota polis telah dihantar ke India tetapi tidak dapat membuat tangkapan kerana perlu mendapatkan perintah ekstradisi terlebih dahulu.
Mahadevan menulis: Ciri-ciri kebodohan terphat di wajahmu ketika dakwat dari penaku meludah bibirmu. Ini adalah kerana saudara telah mengeluarkan kenyataan palsu. Kenyataan sebegini rupa berbau subjudis kerana isu ini di tangan institusi kehakiman."
"Saudara telah membazir dana rakyat dengan melancong ke India tanpa mengkaji perundangan antarabangsa."
Usaha berterusan untuk mendapatkan komen Musa mengenai kandungan surat tersebut tidak berhasil.
Soosai dikatakan telah memalsukan kematiannya pada tahun 2003 untuk mengelak dakwaan terhadap 17 tuduhan, gangguan dan ugutan. Berapa orang, termasuk isterinya, telah didakwa bersubahat memalsukan kematiannya.
'Mengapa masih tunggu?'
Surat itu mempersoalkan kesahihan dakwaan bahawa Soosai (foto) terbabit dalam kes pembunuhan seorang pemandu lori rakyat India, N Subramaniam sewaktu melawat India Disember lalu.
"Jikalau benar, perlukah polis India tunggu sampai perintah ekstradisi Malaysia? Tidak bolehkah polis India menahan Michael Soosai di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan India kerana kes bunuh berlaku alam sempadan India?" soalnya.
Subramaniam, 47, yang berjaya 'memenangi' lawatan percuma untuk dua orang ke India, telah berlepas ke sana bersama isterinya. Setibanya di lapangan terbang di selatan India, pasangan suami isteri itu dibawa oleh pasukan penyambut, dalam dua kereta berasingan ke hotel mereka.
Bagaimanapun, Subramaniam tidak sampai ke hotel. Mayatnya ditemui lapan hari kemudian dan isterinya Palli Pillamah membuat laporan polis menuduhkan Soosai terbabit dalam pembunuhan itu, selepas pulang ke Malaysia.
Sebelum itu, Soosai dikatakan tidak merestui tindakan anak perempuannya yang lari mengikut anak lelaki Subramaniam.
Surat itu juga menyebut bahawa teori konspirasi dan rasuah yang mengaitkan Soosai dan pihak polis telah disahkan oleh reaksi polis dan siasatan terhadap dua lamanweb Soosai dan penciptanya.
"Ini bererti teori konspirasi polis diraja Malaysia memang berasas, kerana benar-benar ingin mendapatkan kembali pelbagai dokumen asal yang kini berada di tangan kami," kata surat tersebut.
Dokumen tersebut termasuklah laporan-laporan polis, barangan kes, telah diimbas dan disiarkan dalam dua lamanweb yang masing-masing dihoskan di India dan Nepal, tetapi kedua-dua lamanweb tersebut telah ditutup atas arahan polis.
Ia juga mengandungi maklumat terperinci bagaimana Soosai didakwa telah merasuah polis termasuk peawai polis berpangkat tinggi untuk menutup kes-kes jenayahnya untuk bertahun-tahun lamanya.
Babak ketiga akan muncul dan kami akan keluarkan ratusan lamanweb. Jangan ingat kami warga tepi jalan, sebab kami berstatus jutawan. Jangan lupa jawatan Timbalan Ketua Polis Negara yang disandang saudara, adalah sedekah pemberian rakyat untuk melindungi rakyat," kata surat itu lagi.
"Kami akan terus berjuang untuk membanteras gejala rasuah. Demi negara, kami akan berurusan dengan presiden polis antarabangsa, Saudara Jackie Selebi," katanya.
Interpol enggan mengulas ketika dihubungi melalui e-mel.

