Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PKR nafi biro politik setuju lantik Dr M pengerusi HARAPAN
Diterbitkan:  Jun 15, 2017 12:19 PM
Dikemaskini: 6:30 AM

PKR hari ini menafikan laporan sebuah portal yang mendakwa bahawa biro politik parti itu yang bermesyuarat malam semalam bersetuju untuk melantik Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi Pakatan Harapan.

"Malangnya laporan itu tidak tepat. Sebarang pengumuman rasmi akan dibuat melalui Majlis Presiden Harapan," kata Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil kepada Malaysiakini.

Ditanya sama ada perkara itu dibincangkan pada mesyuarat semalam, beliau berkata, perbincangan sedang dijalankan, tetapi enggan mengulas lanjut.

Portal Insight Malaysia yang memetik sumber melaporkan bahawa PKR bersetuju supaya pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dilantik sebagai pengerusi HARAPAN, manakala presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menjadi presiden gabungan itu.

Namun, hadirin lain pada mesyuarat itu, juga memberitahu Malaysiakini bahawa tiada sebarang pelantikan yang dimuktamadkan semalam.

"Belum lagi. Perbincangan sedang berlangsung. Terdapat beberapa idea yang dilontarkan tetapi masih dibincangkan," kata seorang daripada anggota biro politik itu.

Begitu juga, seorang anggota biro politik lain memberitahu Malaysiakini bahawa perkara itu perlu dibincangkan dengan parti komponen Pakatan Harapan lain sebelum keputusan muktamad boleh dibuat.

Sumber itu berkata, terdapat perbezaan dari segi kuasa antara pengerusi dan presiden, seperti dalam struktur syarikat, oleh itu PKR mahu penjelasan dibuat sebelum membuat sebarang keputusan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS