2 disyaki pengganas ditahan di Sandakan
Diterbitkan: Jun 15, 2017 10:40 PM | Dikemas kini: Jun 15, 2017 10:43 PM
Polis dilapor menahan dua lelaki disyaki anggota kumpulan pengganas ditahan berhampiran Masjid Jamek As-Sheikh Hasabollah At-Tohiri, di Sandakan, hari ini.
Kedua-dua suspek ditahan sepasukan anggota Cawangan Khas dalam operasi kira-kira jam 12 tengah hari, lapor Berita Harian.
Sumber Bukit Aman ketika dihubungi dilapor mengesahkan penahanan suspek dan akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung tangkapan itu.
Gambar serta video tangkapan kedua-dua suspek turut tersebar di laman sosial.
Ia memaparkan, sepasukan polis menutup muka dan lengkap bersenjata berkawal di sekitar lokasi tangkapan sehingga menggemparkan orang awam ramai.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.