Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bekas CJ: Lanjutan lagi khidmat Raus langgar perlembagaan
Diterbitkan:  Jul 4, 2017 5:08 PM
Dikemaskini: 10:32 AM

Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad berkata lanjutan tambahan perkhidmatan Ketua Hakim Negara Tan Sri Md Raus Sharif melebihi umur 66 tahun 6 bulan boleh melanggar perlembagaan.

Hamid menyatakan pandangan itu ketika Raus mempunyai tempoh sebulan lagi selepas tambahan enam bulan perkhidmatan.

Bagaimanapun, di awal tulisan yang dikongsi di laman webnya, Hamid menegaskan beliau bukan tidak suka pada Raus, tetapi hanya mengketengahkan pandangannya berkaitan perlembagaan.

Hamid menjadi ketua hakim negara antara November 2007 hingga Oktober 2008.

Katanya, Perkara 125(1) Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa hakim mahkamah persekutuan tidak boleh berkhidmat lebih daripada 66 tahun.

Yang di-Pertuan Agong bagaimanapun boleh melanjutkannya untuk tempoh tidak lebih enam bulan.

The Malaysian Insight sebelum ini melaporkan khidmat Raus mungkin disambung melebihi tempoh itu. Beliau mencecah umur 66 tahun pada 4 Februari lalu dan kita sudah berkhidmat lima bulan selepas tarikh itu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS