Krisis NUBE selesa, Jalil Abdul Hamid presiden baru
Abdul Jalil Abdul Hamid telah dipilih sebagai presiden baru Kesatuan Pekerja-pekerja Bank Kebangsaan (NUBE) dengan majoriti 2,668 undi.
Abdul Jalil Abdul Hamid telah dipilih sebagai presiden baru Kesatuan Pekerja-pekerja Bank Kebangsaan (NUBE) dengan majoriti 2,668 undi.
Jalil (foto), dari Bumiputra-Commerce Bank, Pulau Pinang memperolehi 4,886 undi manakala pencabar tunggalnya Muhammad Fauzi Shamsuddin dari Bank EON, mendapat 2,218 undi.
Keputusan pemilihan tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja, Mohd Zubir Mohd Basri hari ini, dengan disaksikan oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr Fong Chan Onn.
Abdul Zaman Abdullah dari BIMB Kuala Lumpur dipilih sebagai timbalan presiden manakala J Solomon dipilih sebagai setiausaha agung.
Chen Ka Fatt, Oui Ban Hong, Mohamed Dauzkaply Nor Ghazali dan Rosida Abd Mutalib pula masing-masing dipilih sebagai naib presiden NUBE. G Umapathy mengambil alih jawatan penolong setiausaha agung manakala Tan Eng Hong menang jawatan bendahari.
Barisan kepimpinan baru NUBE dipilih untuk tempoh sehingga tahun 2008.
Fong memberitahu pemberita bahawa pemilihan barisan baru itu menandakan berakhirnya krisis kepimpinan dalam NUBE yang tercetus sejak bulan Oktober 2001.
Iktiraf kepimpinan baru
Sehubungan itu, beliau menggesa para ahli kesatuan tersebut supaya memberi peluang kepada barisan kepimpinan tersebut untuk memimpin mereka dan NUBE, memandang pemilihannya dijalankan secara demokratik.
"Saya yakin, di bawah pucuk pimpinan baru, NUBE akan membawa perubahan demi kebaikan semua kakitangan bank di negara ini," tambahnya.
"Keputusan ini dibuat oleh para ahli. Di peringkat Majlis Eksekutif Kebangsaan (NEC), terdapat wakil dari kedua-dua kumpulan, dan mereka akan memberi pandangan untuk menyelesaikan perkara tersebut. Yang paling penting ialah mewujudkan perpaduan dalam kesatuan sekerja ini," kata Fong.
Beliau juga merayu kepada Persatuan Bank Komersial Malaysia supaya mengiktiraf barisan kepimpinan baru ini sebagai pegawai yang dilantik dalam NUBE, dan berusaha menyelesaikan masalah seperti ketiadaan kenaikan gaji bagi kakitangan bank sejak empat tahun lalu.
Jalil pula berkata, tindakan segeranya ialah untuk menyemak perjanjian bersama bagi 23,000 ahlinya dengan majikan masing-masing.
"Mulai hari ini, tiada lagi puak. Yang ada hanyalah NUBE," katanya. Terjemahan/ berita asal.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.