Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Letupan sebuah kedai di China, 2 maut 55 cedera
Diterbitkan:  Jul 21, 2017 5:04 PM
Dikemaskini: 9:07 AM

GLOBAL Dua orang disahkan terbunuh manakala 55 yang lain cedera dalam satu letupan di sebuah kedai berhampiran Tasik Barat  Hangzhou di wilayah timur Zhejiang China pada Jumaat pagi.

Menurut sumber pihak berkuasa tempatan, 12 daripada mangsa yang cedera dilaporkan parah.

Polis turut menahan pemilik kedai bagi membantu siasatan, lapor agensi berita China Xinhua.

Letupan yang berlaku kira-kira pukul 8.40 pagi menyebabkan kebakaran dan asap tebal menyelubungi udara. 

Susulan itu, pusat darah di wilayah berkenaan menyeru penduduk tempatan menderma darah bagi kegunaan merawat mangsa cedera.

Che Jun merangkap Ketua Parti Komunis wilayah itu berkata, siasatan terpeinci perlu dilakukan bagi mengenal pasti punca letupan dan memastikan tiada sebarang unsur yang boleh menjejaskan keselamatan awam.

- Bernama
 

Lihat Komen
ADS