Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Persoalan berkaitan calon perdana menteri Pakatan Harapan masih menjadi perbincangan hangat.

Dalam forum di ibu negara melibatkan pemimpin dan aktivis politik, masih tiada jawapan jelas berkaitan perkara itu.

Pembangkang setakat ini tidak memberikan jawapan kukuh berkaitan perkara itu tetapi sering membayangkannya sebagai Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun ketua umum HARAPAN itu masih menjalani hukuman lima tahun penjara atas kesalahan meliwat.

Pengerusi HARAPAN Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini berkata gabungan itu tidak akan melantik perdana menteri sementara – kenyataan yang menambahkan lagi persoalan dalam itu itu.

Dalam forum malam tadi bertajuk “Mahathir: Agen perubahan atau pemusnah”, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu dan aktivis Hishamuddin Rais berhujah menyokong peranan Mahathir, tetapi tidak memberikan jawapan jelas.

“Kita belum pilih calon perdana menteri lagi.

“Ia boleh jadi Hishamuddin,” guraunya ketika ditanya perkara itu.

Hishamuddin pula memberikan logik mudah.

“Secara jujurnya, bagi saya, Pakatan Harapan tidak akan menang pilihan raya, jadi tiada keperluan untuk bincang siapa akan jadi perdana menteri,” katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS