Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Menteri: Dr M dikekalkan sebagai bapa pemodenan
Diterbitkan:  Aug 1, 2017 12:22 PM
Dikemaskini: 4:26 AM

PARLIMEN Fakta bahawa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai bapa pemodenan negara masih relevan, kata menteri pendidikan Datuk Seri Mahdzir Bin Khalid.

"Penulisan buku teks Kementerian Pendidikan Malaysia (KMP) adalah berdasarkan dokumen kurikulum dan fakta sebenar yang berlaku pada masa atau tempoh berkenaan.

“Fakta tersebut masih relevan dan dikekalkan dalam buku teks KPM," katanya.

Mahdzir berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan lisan Dewan Rakyat daripada Lim Lip Eng (DAP-Segambut) bertarikh semalam.

Lim minta menteri pendidikan menyatakan sama ada kerajaan masih menggelar Mahathir sebagai bapa pemodenan.

Beliau juga mahu tahu sama ada perdana menteri keempat yang berkhidmat selama 22 tahun itu akan terus dijadikan bahan pembelajaran dalam buku teks sekolah.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS