Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Badan peguam bahas dua usul lanjutan tempoh hakim
Diterbitkan:  Aug 1, 2017 6:30 PM
Dikemaskini: 10:41 AM

Badan Peguam Malaysia akan membahaskan dua usul semasa mesyuarat agung luar biasanya (EGM) Khamis ini, berikutan keputusan kerajaan melanjutkan tempoh ketua hakim negara dan presiden Mahkamah Rayuan.

Usul untuk "mempertahankan keunggulan Perlembagaan Persekutuan, kebebasan dan integriti badan kehakiman" itu dicadangkan oleh Presiden Badan Peguam Malaysia, George Varughese.

Manakala peguam Charles Hector, Francis Pereira dan R Shanmugam akan mencadangkan usul kedua bagi melindungi kebebasan kehakiman.

EGM itu akan diadakan dari pukul 4 petang di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), dengan kuorum diperlukan 500 anggota.

EGM berkenaan akan dibubarkan jika kuorum tidak dapat dipenuhi pada pukul 5 petang, kata Setiausaha Badan Peguam, Roger Chan dalam pekeliling bertarikh 26 Julai.

Varughese bulan lepas mengumumkan Badan Peguam akan mengadakan EGM berikutan pelantikan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Md Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sebagai hakim tambahan yang didakwanya "terang-terangan tidak mengikut perlembagaan".

Varughese, yang mencadangkan usul pertama, memetik Perkara 125 (1) perlembagaan yang menyatakan bahawa "Seseorang hakim Mahkamah Persekutuan hendaklah memegang jawatan sehingga dia mencapai umur enam puluh enam tahun atau sehingga suatu masa kemudiannya yang diluluskan oleh Yang di-Pertuan Agong, tetapi masa itu tidak boleh kemudian daripada enam bulan selepas dia mencapai umur enam puluh enam tahun.

"Tidak ada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dan oleh itu tidak mengikut perlembagan bagi ketua hakim atau presiden mahkamah rayuan untuk terus memegang jawatan selepas had umur 66 tahun dan enam bulan,"katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS