Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Raus: Tak pernah berlaku tapi masih ikut perlembagaan

Ketua Hakim Negara yang baru dilantik semula, Tan Sri Md Raus Sharif mengakui bahawa pelantikannya "belum pernah berlaku" tetapi mengatakan bahawa ia masih mengikut perlembagaan.

"Ya, sejauh yang kita fikirkan (ikut perlembagaan) tetapi sudah tentu, ini tidak pernah berlaku sebelum ini," kata Md Raus dalam sidang akhbar di Istana Kehakiman di Putrajaya hari ini.

Menurutnya, apabila pelantikan itu berlaku buat kali pertama, ia menyebabkan banyak perbezaan pendapat.

Beliau berkata demikian mengulas kritikan terhadap pelantikan semula dirinya sebagai ketua hakim negara walaupun telah melepasi had umur persaraan 66 tahun dan enam bulan.

Beberapa pihak termasuk Badan Peguam Malaysia menegaskan pelantikan itu membelakangkan perlembagaan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS