Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MP PKR sambung semula program kebajikan setelah dana dibeku
Diterbitkan:  Aug 9, 2017 6:47 PM
Dikemaskini: 10:49 AM

Anggota parlimen PKR untuk Kelana Jaya Wong Chen mengumumkan beliau akan menyambung semula program bantuan kebajikan minggu hadapan, setelah menerima berita kerajaan Selangor telah menarik balik pembekuan akaun perbelanjaan komunitinya.

Pembekuan akaun tersebut telah menjejaskan peruntukan tahunan berjumlah RM250,000 yang menyebabkan Wong Chen terpaksa menangguhkan program kebajikan beliau.

Menurut Wong, setelah siasatan dilakukan terhadap akaun perbelanjaannya, kerajaan Selangor memutuskan untuk menarik balik pembekuan akaun tersebut.

Kerajaan negeri telah membekukan peruntukan untuk program MP Kelana Jaya setelah melakukan pengauditan perbelanjaan pejabat beliau untuk tahun 2014 dan 2015.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali berkata audit itu dijalankan secara bebas walaupun Wong mendakwa proses yang sepatutnya tidak dibuat kerana pejabat MP tersebut tidak diberitahu.

Wong Chen juga prihatin berhubung pembekuan tersebut yang berpotensi untuk menjejaskan peluang PKR mengekalkan kerusi Kelana Jaya pada pilihanraya akan datang. Kelana Jaya dianggp sebagai kerusi selamat parti itu.

Dispekulasikan Wong berada di kem naib presiden PKR Rafizi Ramli yang dikatakan berbeza dengan pasukan Azmin, yang juga timbalan presiden PKR.
 

Lihat Komen
ADS