Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menolak usul untuk membahaskan lanjutan perkhidmatan Tan Sri Md Raus Sharif sebagai ketua hakim negara.
Usul itu dikemukakan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Pandikar dalam suratnya kepada Azizah berkat usul itu tidak mematuhi Peraturan Mesyuarat 27(3) yang menyebut usul hendaklah dikeluarkan pemberitahuan tidak kurang daripada 14 hari.
"Oleh yang demikian, saya tidak membiarkan usul Yang Berhormat Datuk Seri ini dibawa ke majlis mesyuarat," surat bertarikh hari ini dipetik.
Azizah membangkitkan isu itu dan mendakwa sambungan khidmat Raus itu melanggar perlembagaan.
Perlembagaan menghendaki ketua hakim negara bersara selepas mencapai umur 66 tahun enam bulan.
