Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Pemimpin BERSATU tunjuk bakat masak daging rusa

Tiga pemimpin tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengambil bahagian dalam demonstrasi masakan sebagai sebahagian daripada aktiviti mengumpul dana parti itu hari ini.

Mereka memasak hidangan berasaskan daging rusa yang kemudian dijual dengan harga RM2,600.

Acara itu adalah sebahagian daripada program di Festival Makanan Tradisional Kelantan anjuran BERSATU Kelantan yang diadakan di Taman Sri Gombak, Batu Caves.

Pemimpin terawal mengambil bahagian ialah Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad yang terkejut kerana diminta untuk memasak selepas menyangka hanya akan melawat gerai-gerai yang disediakan.

"Saya ingin ucapkan tahniah kepada pihak penganjur kerana memberi saya peluang untuk belajar memasak daging rusa.

"Saya berharap ahli dan pemimpin lain belajar untuk memasak untuk diri mereka sendiri, kerana masa sekarang adalah sukar dan kita mungkin perlu memasak sendiri (daripada makan di luar)," katanya kepada penonton.

Beliau juga berharap acara itu akan membawa bersama penyokong Pakatan Harapan.

Sementara itu bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim membuka harga lelongan daging rempah dengan sos lada hitam yang dimasak Mahathir pada harga RM500.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali kemudian memenangi bidaan itu dengan harga RM1,000.

Sementara itu, Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin memasak rendang berharga RM1,000 untuk parti itu, manakala Naib Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berjaya menjual hidangannya dengan harga RM600.

Acara mengumpul dana hari ini menampilkan kira-kira 60 hidangan Kelantan, termasuk nasi dagang dan pelbagai jenis kuih muih.

Kira-kira 1,700 orang dikatakan membeli tiket untuk acara itu pada harga RM30 setiap satu dan lebih ramai dijangka hadir hari ini.

Lihat Komen
ADS