Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita

Gologan pesara kerajaan seharusnya bersyukur sekiranya mengharapkan sesuatu yang lebih baik daripada kerajaan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

"Kita pesara-pesara di samping mengharapkan sesuatu yang lebih baik daripada kerajaan pada waktu yang sama, Insyaallah kita takkan pernah menggigit tangan yang pernah memberi makan kepada kita," kata Zahid ketika merasmikan Perhimpunan 1Pesara Malaysia 2017 di Serdang hari ini.

Katanya, sekiranya tidak berterima kasih kepada kerajaan umpama tidak bersyukur kepada pemberian Allah Taala.

"Tak bersyukur pada Allah Taala jika kita tak berterima kasih kepada yang memberi," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Zahid menyeru kerajaan mengkaji kadar pencen pesara yang skala gaji sangat rendah hingga memaksa mereka memohon "Bantuan Rakyat 1Malaysia".

Beliau juga berkata akan berbisik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengumumkan lebih banyak imbuhan bagi pesara.

"Perdana menteri adalah pendengar yang baik," katanya.

Lihat Komen
ADS