Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal penafian Jabatan Penjara hari ini bahawa ketua umum Pakatan Harapan itu mengeluarkan kenyataan media mengenai kekecohan "Nothing to Hide 2.0".

"Sebagai peguamnya, saya boleh sahkan kenyataan itu," kata peguam PKR Sivarasa Rasiah kepada Malaysiakini.

Walau bagaimanapun, beliau enggan menerangkan secara terperinci tentang bagaimana Anwar mengeluarkan kenyataan itu.

Jabatan Penjara dalam satu kenyataan awal hari ini berkata Anwar berada di mahkamah pada hari kenyataan itu dikeluarkan.

Ia berkata, bahawa Anwar berada di bawah pengawasan ketat, dan mereka yang tidak terlibat dalam prosiding mahkamah tidak dibenarkan bercakap dengannya.

Ia juga berkata tahanan tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan tanpa kebenaran daripada jabatan itu dan bahawa Anwar tidak diberi kebenaran untuk berbuat demikian.

Ditanya sama ada terdapat kebimbangan bahawa Jabatan Penjara kini akan bertindak dengan lebih tegas dengan Anwar, Sivarasa menjawab: "Tidak pada masa ini."

"Saya tidak fikir (mereka akan lebih keras), kecuali ada tekanan terhadap mereka daripada tuan politik mereka," katanya yang juga adalah Ahli Parlimen Subang.

Bekas pemimpin pembangkang yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun itu, pada 14 Ogos lalu, meluahkan kebimbangannya bahawa keganasan akan meningkat menjelang pilihan raya umum ke-14.

Justeru, katanya kerajaan mesti memastikan hak dan kebebasan untuk menyampaikan pandangan termasuk oleh Tun Dr Mahathir Mohamad terus dipelihara.

Anwar,  juga mengimbas kembali pengalamannya semasa pilihan raya PRU-13, di mana beberapa serangan termasuk baling batu dan memecah cermin bas yang berlaku tanpa sebarang tindakan oleh pihak polis.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS