Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
‘Perjuangan BERSATU untuk jadikan Mukhriz PM’

Seorang anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendakwa bahawa matlamat parti serpihan Umno itu adalah untuk menjadikan timbalan presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai perdana menteri.

Kenyataan itu dibuat oleh Mohd Taufik Abas, 29, yang mendakwa dirinya sebagai ahli dan adalah "exco" Armada, iaitu sayap pemuda parti berkenaan.

“BERSATU banyak memperjuangkan politik individu.

“Lebih kepada memperjuangkan Mukhriz sebagai perdana menteri, saya nampak itu sahaja,” katanya pada satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Mukhriz adalah anak kepada pengerusi BERSATU dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Taufik berkata beliau menyertai parti itu beberapa bulan selepas ia ditubuhkan kerana bersimpati dengan Mukhriz, bekas menteri besar Kedah, yang meletak jawatannya selepas lantang mengkritik isu 1MDB.

“Mukhriz melaungkan perkara tersebut (kebebasan bersuara) apabila beliau dipecat. Tetapi akhirnya jadi macam ini.

“Kebanyakkan yang menegur akan dicantas, yang mengkritik kepimpinan Tun Mahathir dan Mukhriz akan dicantas.

“Kita tidak ada suara,” katanya dengan kesal.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS