Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Projek hidroelektrik Ulu Padas dijangka mula awal tahun depan

Projek empangan hidroelektrik berkapasiti 180MW di Ulu Padas, Sabah dijangka dimulakan awal tahun depan, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili.

Beliau berkata projek bernilai RM1.6 bilion berkenaan sudah di peringkat akhir penilaian kewangan sebelum dilaksanakan.

“Projek ini tidak menggunakan kewangan kerajaan negeri tetapi dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat pemaju yang dipersetujui,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jelajah Ya Hijau Sabah 2017 di Melalap, dekat sini hari ini.

Ongkili berkata projek hidroelektrik kedua di Tenom itu dibiayai sepenuh oleh sebuah syarikat pelaksana yang akan memiliki kepentingan sebanyak 60 peratus sementara baki 40 peratus kepentingan lagi dimiliki kerajaan negeri.

Ongkili juga berkata tapak projek tersebut tidak melibatkan kawasan petempatan, sebaliknya dibina dalam kawasan konsesi pembalakan Sabah Forest Industries Sdn Bhd.

“Tidak ada kampung akan terjejas atau bakal ditenggelami air di kawasan lokasi itu.

Kawasan ini turut dipersetujui Jabatan Perhutanan Sabah yang disokong oleh Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA),” katanya.

Maximus berkata pada masa ini, Sabah berupaya menjana kira-kira 1,200MW berbanding keperluan tertinggi iaitu 900MW.

Lihat Komen
ADS