Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MCA pertikai DAP selepas HARAPAN terima Hindraf
Diterbitkan:  Aug 19, 2017 8:43 PM
Dikemaskini: 12:48 PM

Seorang pemimpin kanan MCA hari ini mempersoalkan kejujuran DAP untuk meninggalkan politik dalam garis perkauman, berikutan laporan terkini pengerusi HARAPAN Dr Mahathir Mohamad yang mula berjinak-jinak dengan Persatuan Hindraf Malaysia (Hindraf).

Ketua publisiti MCA Ti Lian Ker berkata manakala pembentukan BN dan HARAPAN tidak banyak berbeza, parti-parti komponen BN sentiasa bekerja dengan komuniti masing-masing menggunakan formula kemenangan berbilang bangsa.

Hal sedemikian tidak seperti DAP yang didakwa Ti berulang kali mengorbankan prinsip mereka untuk berkuasa.

"Jadi apakah DAP benar-benar tulen dalam mahu untuk membawa Malaysia keluar daripada politik garis perkauman apabila mereka menyerang MCA dan BN yang dalam semangat dan amalannya berbilang bangsa?

"DAP malah siap untuk merendahkan diri mereka dengan 'kowtow' kepada Dr Mahathir yang pernah mengumumkan DAP sebagai komunis dulu," katanya.

Ti turut menuding DAP yang terus bekerjasama dengan Pas secara sembunyi-sembunyi, misalnya di Selangor yang mana parti itu kekal sebahagian daripada kerajaan negeri.

Hal ini meskipun DAP telah memutuskan hubungan dengan PAS pada 1999 di bawah Barisan Alternatif dan sekarang di Selangor di bawah Pakatan Rakyat, tambah beliau.

"Jelas sekarang bahawa DAP sedang menginginkan kuasa yang lebih dan sanggup bekerja dengan semua pihak untuk lebih kuasa.

"Mereka sekarang mesra dengan musuh ketatnya Dr Mahathir Mohamad dan mereka kini bersetuju dengan formula perkauman iaitu Pribumi untuk Bumiputra, Hindraf untuk orang India dan DAP untuk orang Cina," dakwa beliau lagi.

Memetik kenyataan Mahathir yang dilaporkan bahawa masyarakat India tidak diwakili dengan baik dalam HARAPAN dan wujud keperluan untuk mendekati Hindraf.

Dr Mahathir pada Khamis lalu dilaporkan bertemu dengan ketua Hindraf P. Waythamoorthy di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya bagi berbincang tentang kemungkinan untuk bekerjasama.

Idea tersebut disambut baik beberapa pemimpin HARAPAN.

Anggota parlimen DAP Lim Kit Siang dilaporkan berkata partinya terbuka dengan cadangan tersebut.

Lihat Komen
ADS