Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI) melancarkan kempen 'Our Turtle Our Life' bagi menyokong usaha pemuliharaan penyu selaku antara khazanah berharga hidupan laut negara.

Kempen itu dilancarkan di Stesen Penyelidikan Penyu Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Pulau Redang semasa lawatan kerja MASTI ke stesen tersebut baru-baru ini.

Dalam kenyataan hari ini, Presiden MASTI Azri Dohat berkata persatuan itu yakin dengan keanggotaan lebih 8,000 orang, MASTI mampu menjayakan kempen tersebut.

“Antara tindakan segera kempen ini ialah semua anggota MASTI sepakat untuk tidak memakan telur penyu dan memboikot penjualannya di pasaran.

"MASTI turut menyatakan sokongan terhadap kajian perlindungan dan pembiakan penyu yang dilakukan oleh para penyelidik UMT melalui 'Sea Turtle Research Unit' selama ini bagi memastikan kemandirian penyu terus terjaga,” katanya.

Stesen penyelidikan penyu yang terletak di Chagar Hutang, Pulau Redang itu telah dirizabkan oleh kerajaan Terengganu sebagai tempat larangan aktiviti pelancongan dan diberikan kepada UMT untuk berfungsi sebagai stesen penyelidikan.

-Bernama

Lihat Komen
ADS