Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Seorang bekas hakim berkata memaksa seseorang memakai baju lokap dan digari semasa dibawa ke mahkamah untuk mendapat perintah reman melanggar hak kebebasan asasi yang dilindungi perlembagaan.

Datuk Mohd Noor Abdullah berkata antara aspek yang terkandung dalam hak kebebasan asasi seseorang ialah dianggap tidak bersalah sehinggalah dibuktikan sebaliknya di mahkamah.

Beliau yang pernah berkhidmat sebagai hakim mahkamah rayuan berkata apabila seseorang dibawa berjumpa majistret untuk mendapatkan kebenaran tahanan reman bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat, ketika itu individu terbabit belum dibuktikan bersalah.

"Jadi sepatutnya dielakkan daripada dipakaikan baju (lokap) itu yang (boleh menyebabkan) orang awam menyangka dia melakukan kesalahan," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Mohd Noor berkata demikian selepas ditanya sama ada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melanggar peraturan apabila membawa Tan Sri Isa Samad ke Mahkamah Majistret Putrajaya dengan berbaju oren untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

Terdahulu Mohd Noor mengadakan sidang media untuk menjelaskan undang-undang mengenai prosedur penahanan dan proses reman oleh SPRM.

Itu tak betul

Turut hadir, bekas ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan. Kedua-dua mereka adakan anggota Lembaga Penasihat SPRM.

SPRM membawa Isa dengan pakaian lokap mereka ke mahkamah itu sehari selepas beliau ditahan pada 15 Ogos lalu.

Bekas naib presiden Umno dan menteri besar Negeri Sembilan itu dibebaskan daripada reman selepas tempoh yang diberi mahkamah majistret tamat pada 20 Ogos.

Seorang anggota parlimen PKR, N Surendran, turut membangkitkan kewajaran seseorang dipakaikan seragam lokap semasa di bawa ke mahkamah.

Bagaimanapun Polis Diraja Malaysia serta SPRM mempertahankan tindakan mereka.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata amalan berkenaan dilakukan atas pertimbangan faktor keselamatan.

Mohd Noor berkata, memaikan seseorang dengan pakaian lokap boleh memberikan gambaran seolah-olah dia sudah melakukan kesalahan.

"Itu tak betul," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS