Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Zahid: Kebanyakan komponen BN telah kemuka senarai calon PRU14
Diterbitkan:  Aug 24, 2017 10:24 AM
Dikemaskini: 2:30 AM

Kebanyakan parti komponen BN, termasuk Umno, telah mengemukakan senarai pendek calon untuk pilihan raya umum ke-14, kata Iimbalan Presiden Umno dan Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

The Star hari ini memetik beliau berkata bahawa Umno dan BN telah menubuhkan sebuah badan bebas untuk meneliti senarai calon itu, dan kaedah penapisan itu terbukti berjaya dalam pilihan raya kecil Sungai Besar, Kuala Kangsar dan Tanjung Datu.

Bagaimanapun, keputusan muktamad terserah kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak.

"Datuk Seri Najib mempunyai jawapannya (siapa akan jadi calon BN).

"Bagaimanapun, Umno akan mempunyai lebih ramai calon baru dan calon wanita kali ini," Zahid dilaporkan memberitahu The Star dalam satu temu bual di pejabatnya.

Laporan itu juga memetik presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri James Masing mengesahkan bahawa PRS telah mengemukakan senarai calonnya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Gerakan Liang Teck Meng dipetik sebagao berkata 98 ​​peratus senarai calon partinya telah dimuktamadkan, dengan satu atau dua kerusi masih dibincangkan.

Liang dipetik sebagai berkata bahawa senarai calonnya ialah untuk 12 kerusi parlimen dan 33 kerusi negeri, dan telah dikemukakan kepada ketua mengeri dan menteri besar masing-masing untuk dikemukakan kepada perdana menteri.

Setiausaha Agung MIC A Sakthivel juga mengesahkan partinya telah mengemukakan senarai calonnya, dengan sekurang-kurangnya empat calon untuk setiap kerusi.

Mengenai Parti Bersatu Sabah, pemangku presidennya, Datuk Seri Maximus Ongkili dilaporkan berkata parti itu telah mengemukakan beberapa nama tetapi senarai itu belum dimuktamadkan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS