Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Selepas Waytha, Dr M lamar pula penyokong Palanivel
Diterbitkan:  Aug 24, 2017 12:07 PM
Dikemaskini: 4:10 AM

Dalam usaha mendapatkan sokongan masyarakat India kepada Pakatan Harapan pada pilihan raya umum akan datang, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan sedang cuba memikat penyokong bekas presiden MIC Datuk Seri G Palanivel.

Menurut harian Tamil, Makkal Osai, pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu memanjangkan jemputan kepada kem Palanivel awal minggu ini, dan mereka dijangka bertemu seawal minggu depan.

Palanivel tersingkir dari jawatannya selepas perebutan kepimpinan parti, yang menyaksikan perpecahan hingga wujudnya dua puak, satu di bawahnya dan satu lagi di bawah presiden sekarang, Datuk Seri Dr S Subramaniam.

Sebelum ini, Pejabat Pendaftaran Pertubuhan mengeluarkan notis pada 5 Dis 2014, memerintahkan MIC mengadakan pemilihan semula, dengan Subramaniam muncul sebagai pemenang.

Sejumlah penyokong Palanivel kembali bersama MIC, tetapi Palanivel dan pengikut setianya kekal di luar parti.

Laporan Makkal Osai memetik seorang anggota kanan kem Palanivel yang berkata jemputan daripada Mahathir itu sebagai satu penghormatan dan mereka pasti akan menghadiri mesyuarat itu.

Sekiranya pertemuan berjalan lancar, para pengikut setia Palanivel dijangka menukar sokongan mereka dari BN ke HARAPAN, tambah laporan itu.

Mahathir baru-baru ini mengadakan pertemuan dengan pengerusi Persatuan Hindraf Malaysia (PHM), P Waythamoorthy mengenai kemungkinan menjalin kerjasama pada pilihan raya umum ke-14 untuk menarik sokongan masyarakat India.

Mengenai perkara lain, akhbar itu juga melaporkan bahawa bekas ahli jawatankuasa kerja pusat MIC, KP Samy, dijangka menyertai DAP.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS