Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hotel minta maaf enggan bekukan susu ibu 'tak halal'
Diterbitkan:  Aug 24, 2017 12:46 PM
Dikemaskini: 4:53 AM

Pengurus sebuah hotel di Melaka meminta maaf kepada seorang ibu muda selepas permohonannya untuk membekukan susu badan ditolak.

Kakitangan berkaitan juga telah diberikan teguran selepas pengguna Internet mengadu perkara itu kepada pihak hotel.

Bagaimanapun, wanita itu dilapor mencadangkan lebih baik kakitangan hotel itu diberikan pendedahan berkaitan susu ibu berbanding menghukum pekerja mereka.

Ibu beranak seorang itu pada mulanya mengetengahkan isu itu di sebuah laman web berkaitan hal ehwal ibu dan mendapat pelbagai reaksi balas.

China Press melaporkan dua kakitangan hotel itu tidak melayan permintaan ibu itu atas alasan makanan dan minuman tidak halal tidak dibenarkan disimpan di peti sejuk beku di dapur mereka.

Seorang daripada mereka berkata ia bagaimanapun boleh disimpan di peti sejuk di bilik VIP, tetapi ia mempunyai tetamu ketika itu.

“Saya beritahu mereka susu ibu datang daripada badan manusia dan bukan haiwan tidak halal.

"Ia tiada kena mengena sama ada halal atau tidak,” katanya.

Wanita itu berkata hotel itu hanya melayan permintaan di hari kemudiannya selepas bilik VIP itu kosong.

Laporan itu melaporkan ini kali pertama wanita itu menghadapi masalah sedemikian walaupun kerap mengembara atas urusan kerja.

Lihat Komen
ADS