Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Lim: Pak Lah kuat, susah rampas Kepala Batas
Diterbitkan:  Aug 24, 2017 2:07 PM
Dikemaskini: 8:00 AM

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng melihat DAP negeri itu berpeluang meluaskan penguasaan mereka di kerusi-kerusi BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, dalam bab Kepala Batas, beliau masih pesimis.

Menjawab soalan pemberita di Pulau Pinang hari ini beliau mengaku pengaruh bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi masih mencengkam di kawasan itu.

“Bagi kita kena realistik. Kita tahu tempat lain ada peluang, tetapi Kepala Batas kita tahu susah.

“Pengaruh Pak Lah (Abdullah) kuat,” katanya.

Setiausaha agung DAP itu ditanya berkaitan keyakinan PAS – bekas sekutu yang kemudian menjadi seteru politik – untuk merampas Kepala Batas.

April lalu, PAS Kepala Batas menyatakan kesediaan berdepan tiga penjuru di Kepala Batas berdepan BN dan Pakatan Harapan kerana mereka sudah bertanding di situ sejak dulu lagi.

Sementara itu, Lim mengaku terkejut dengan hasrat itu dan berkata terpulanglah kepada PAS untuk menjadi Mat Jenin dan terus berangan-angan.

“Bila pas paling kuat pun tak boleh berjaya, tiba-tiba bila mereka seorang nak bekerjasama dengan Umno, saya pun tak tahu bagaimana mereka boleh rampas kepala batas,” katanya.

Katanya, berbanding PAS, program Pakatan Harapan di kawasan itu, antaranya yang dihadiri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 19 Ogos lalu, jauh mendapat sambutan ramai berbanding acara PAS.

“Sungguhpun sambutan luar biasa di Kepala Batas bila Tun Dr Mahathir datang, kita pun tahu sukar untuk lawan pengaruh Pak Lah,” katanya.

Lihat Komen
ADS