Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
India tawar biasiswa kepada pelajar Malaysia
Diterbitkan:  Aug 24, 2017 4:39 PM
Dikemaskini: 8:42 AM

India menawarkan biasiswa kepada rakyat Malaysia berketurunan India untuk melanjutkan pelajaran pada tahun akademik 2017-2018.

Menurut kenyataan Suruhanjaya Tinggi India di Malaysia, pelajar yang ingin mengikuti pengajian dalam bidang profesional dan umum di universiti India dipelawa memohon biasiswa itu.

“Program Biasiswa untuk Anak Diaspora (SPDC) terbuka kepada orang berketurunan India (PIO), orang India bukan penduduk (NRI) dan anak pekerja India di Malaysia,” katanya.

Biasiswa itu terbuka kepada pemohon berusia antara 17 dan 21 tahun, manakala tarikh tutup permohonan ialah 30 September.

Pemilihan dibuat berasaskan merit semata-mata dan hanya permohonan yang dikemukakan secara dalam talian melalui portal SPDC portal, spdcindia.gov.in, yang disertakan dokumen ditetapkan, akan dilayan.

Katanya, senarai calon terpilih akan disiarkan dalam portal Kementerian Hal Ehwal Luar (MEA) dan portal Kerajaan India di alamat www.mea.gov.in

Pada tahun pertama, biasiswa itu menyediakan sebahagian daripada bantuan kewangan iaitu 75 peratus Kos Ekonomi Institusi (IEC) atau AS$3,600 hingga AS$4,000 setahun, termasuk yuran tuisyen, yuran asrama dan caj lain, kata kenyataan itu.

- Bernama

Lihat Komen
ADS