Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Shafie Apdal tidak ditangkap, kata Parti Warisan Sabah
Diterbitkan:  Aug 24, 2017 6:38 PM
Dikemaskini: 10:44 AM

Naib Presiden Parti Warisan Sabah, Junz Wong menafikan spekulasi yang disebarkan kononya, presiden pari itu, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan rakan naib presidennya, Peter Anthony ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabtu lalu.

"Fitnah! Sebenarnya (spekulasi) ini tidak benar. Apabila hantaran ini tular, Shafie berada di Sipitang, Sabah, pada hari yang sama.

"Dia sedang berucap apabila (hantaran tular) itu berlaku. Jadi jelas, itu tidak benar," kata Wong kepada pemberita di luar ibu pejabat SPRM di Putrajaya selepas membuat laporan mengenai isu berasingan hari ini.

Anggota Warisan sebelum ini telah membuat laporan polis mengenai penyebaran palsu itu di seluruh Sabah, katanya, dan mereka berharap pihak polis akan bertindak terhadap mana-mana individu yang membuat dakwaan berkenaan.

Terdahulu, Ketua Wira Warisan Sepanggar, Norazmi Alimat dalam laporan polisnya mengenai perkara itu berkata, seorang pengguna Facebook di bawah nama Hafizi Harris mendakwa Shafie dan Peter bakal ditahan oleh SPRM.

Satu laporan dalam laman web yang di bawah nama www.masterdedah.com memuat-naik gambar kedua-dua Shafie dan Peter yang memakai baju lokap SPRM.

Imej berkenaan dipercayai telah diubah-suai.

Ketua Polis Kota Kinabalu, M Chandra dilaporkan berkata pihak polis sedang menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS