Keyakinan pengguna di Malaysia meningkat 10 mata daripada 84 mata peratus (pp) dalam suku kedua 2016 kepada 94 dalam tempoh sama tahun ini.

Felow penyelidikan kanan di Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) Shankaran Nambiar bagaimanapun melihatnya tidak cukup kerana Malaysia masih ketinggalan di belakang negara jiran di Asean.

Dapatan itu diperoleh daripada laporan perbelanjaan dan keyakinan pengguna oleh Nielsen Global Survey yang meletakkan Malaysia di kedudukan agak rendah, dengan 94pp – bawah indeks penanda aras 100.

Singapura memperoleh 89pp, Vietnan (117p), Filipina (130pp), Indonesia (121pp ) dan Thailand (107pp).

“Mengambil kira purata global dengan 104pp, dan Filipina mendapat 130, terdapat keterangan cukup walaupun terhadap sedikit peningkatan, masih terdapat kerja yang perlu dibuat untuk meningkatkan keyakinan pengguna di negara ini,” kata Shankaran kepada Malaysiakini.

[Baca berita asal]