Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Dalam Umno tiada Bugis, tiada Jawa, tiada Bajau'

Ketua Umno Bahagian Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh memberi amaran kepada persatuan kaum agar tidak meniup politik perkauman dalam parti keramat Umno di Tawau.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Kalabakan berkata politik perkauman jika tidak dibendung akan merosakan perpaduan dalam parti sekali gus hubungan masyarakat majmuk di negeri ini.

"Saya beri amaran jangan tiup semangat perkauman kerana dalam Umno perjuangan itu hanya kerana agama, bangsa dan tanah air, bukan bersifat perkauman.

"Dalam Umno tiada Bugis, tiada Jawa, tiada Bajau hanya kita anggota Umno yang berbilang bangsa tetapi satu agama," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno Kalabakan dekat Tawau, hari ini.

Menurutnya, setiap anggota perlu akur pada setiap keputusan daripadaa Majlis Tertinggi (MT) kerana ia pasti terbaik untuk semua termasuk pemilihan calon.

Sementara itu, Abdul Ghapur menasihatkan agar anggota parti jangan berbelah bahagi dan terus memberi sokongan kepada kepimpinan parti negeri dan pusat.

"Kenapa waktu gelombang kita mahu tukar kapten (Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman) kita sedangkan dia telah membawa kita ke satu tempat yang senang dan maju," katanya.

Beliau turut melaungkan keyakinan di hadapan kira-kira 2,000 perwakilan Umno yang datang ke persidangan bahawa 23 daripada 25 kerusi parlimen di negeri ini akan tetap dimenangi calon UMNO.

Katanya, banyak pembangunan dibawa Umno ke negeri ini dan jika ada kekurangan beritahu kepada pemimpin dan sudah tentu akan diusahakan cepat atau lambat.

-Bernama

Lihat Komen
ADS