Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Azmin: Rundingan PKR-PAS tak libatkan HARAPAN
Diterbitkan:  Aug 26, 2017 6:38 PM
Dikemaskini: 10:51 AM

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali menegaskan bahawa perbincangan antara PKR dan PAS tidak melibatkan Pakatan Harapan (HARAPAN).

Azmin juga menegaskan bahawa perbincangan itu bukan merupakan inisiatifnya sendiri, sebaliknya beliau hanya mewakili PKR.

"Saya ulangi lagi, termasuk kepada Malaysiakini, mana Malaysiakini? Mereka terus kata ini inisiatif saya (untuk berbincang dengan PAS).

"Bukan inisiatif peribadi saya. Itu adalah keputusan yang diambil oleh parti. Saya hanya mewakili parti.

"Rundingan dan perbincangan ini hanya antara PKR dan PAS, tak ada kaitan dengan Pakatan Harapan," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Biro Politik PKR minggu lalu dilaporkan memberi laluan kepada presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin untuk berbincang dengan PAS bagi meneruskan kerjasama politik.

Azmin, yang juga menteri besar Selangor, sebelum ini telah memulakan rundingan tidak rasmi bersama PAS walaupun parti Islam itu telah memutuskan hubungan politiknya dengan PKR berikutan keputusannya pada muktamar parti itu April lalu.

Azmin juga berkata PKR terbuka kepada rundingan dengan mana-mana pihak, kecuali "Umno, BN dan Utusan".

Ditanya mengenai rancangan PAS Selangor untuk bertanding di kerusi parlimennya di Gombak, beliau berkata ia adalah perkara biasa bagi parti politik bertanding di mana-mana kerusi.

"Ini boleh diselesaikan dalam bentuk perbincangan," katanya.

Lihat Komen
ADS