BERITA

Pagi: Aliran trafik ke utara dan selatan lancar

Diterbitkan
Dikemaskini 1 Sep 2017, 4:58 pagi

Aliran trafik ke utara dan selatan dilapor bergerak lancar dan terkawal setakat 11.30 pagi ini, demikian menurut Jurucakap PLUS Malaysia Berhad.

Jurucakap berkenaan memaklumkan trafik bergerak perlahan hanya di Skudai menuju ke Senai, Johor disebabkan jumlah trafik yang tinggi sempena cuti persekolahan, cuti Hari Kebangsaan 2017 dan Hari Raya Aidiladha.

Kemalangan di Km 309.9 utara dari Tapah ke Gopeng kira-kira pukul 11 pagi tadi telah menyebabkan trafik bergerak perlahan di Lebuhraya Utara-Selatan. Tiada lorong terhalang dan trafik terkawal.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik mulai perlahan sekitar Plaza Tol Gombak ke arah Genting Sempah pada pukul 11 pagi tadi.

"Kemungkinan berlaku peningkatan trafik pada sebelah tengah hari," katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

- Bernama

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.