Dua pensyarah UUM diberhentikan kerana enggan tandatangani Akujanji
Terjemahan Selepas lapan bulan membisu mengenai hasil rayuan terhadap penamatan perkhidmatan mereka di Universiti Utara Malaysia (UUM), pensyarah Dr Azly Abdul Rahman dan Dr Mutiara Mohamad kini tertanya-tanya mungkinkah mereka akan diterima semula bertugas di universiti tersebut.
Terjemahan Selepas lapan bulan membisu mengenai hasil rayuan terhadap penamatan perkhidmatan mereka di Universiti Utara Malaysia (UUM), pensyarah Dr Azly Abdul Rahman dan Dr Mutiara Mohamad kini tertanya-tanya mungkinkah mereka akan diterima semula bertugas di universiti tersebut.
Pasangan suami isteri ini diberhentikan daripada fakulti pendidikan dan sains kognitif, berkuatkuasa 8 Disember tahun lalu, kerana gagal menandatangani Akujanji sebagai kakitangan awam, yang diwajibkan.
Dalam surat bertarikh 17 Mac 2004 daripada Jawatankuasa Disiplin yang menyatakan pasangan tersebut telah melanggar etika, merek aturut didakwa gagal melaporkan diri untuk kembali bertugas selepas tamat pengajian mereka di peringkat kedoktoran di Amerika Syarikat.
(Mereka telah melanjutkan pengajian di Amerika pada tahun 1997 dan telah menulis kepada UUM pada 5 September, memohon lanjutan cuti tanpa gaji sehingga September tahun depan dan menyatakan kedudukan kewangan mereka.sebagai alasan untuk terus berada di sana).
Bagaimanapun, jawatankuasa tersebut telah membuat keputusannya dalam mesyuarat pada 7 Disember lalu, mendapati pasangan tersebut 'bersalah' dan perkhidmatan mereka ditamatkan berkuatkuasa 9 Disember lalu.
Surat jawatankuasa tersebut yang bertarikh 23 Disember, juga memberi mereka 30 hari dari tarikh menerima surat tersebut untuk membuat rayuan. Pasangan tersebut membuat rayuan pada 1 Januari tahun ini.
PM dimaklumkan
Azly yang juga merupakan kolumnis malaysiakini, menyatakan melalui email, bahawa pihak universiti menganggap keenggan mereka untuk menandatangani Surat Akujanji sebagai ingkar perintah.
"Kini sudah kira-kira lapan bulan. Kami belum mendapat sebarang berita daripada UUM selepas mengemukakan surat rayuan kami," katanya.
Pasangan tersebut mengajar di UUM selama lebih lima tahun, dan kini tinggal di New Jersey di mana mereka bertugas sebagai pendidik.
Usaha untuk menghubungi Naib Canselor UUM, Dr Nordin Kardi tidak berjaya untuk mendapatkan ulasan mengenai perkara tersebut.
Azly dan Mutiara juga telah menulis kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 1 Januari lalu, untuk menerangkan masalah mereka dalam surat setebal 19 muka surat, yang turut diperolehi malaysiakini hari ini, di samping dokumen-dokumen berkaitan yang lain.
Dalam surat tersebut, mereka menyatakan kandungan surat rayuan mereka kepada lembaga disiplin UUM ini mempersoalkan fasal-fasal khusus dalam Akujanji, dan menyatakan mereka tidak akan menandatanganinya tanpa mendapatkan penjelasan mengenainya terlebih dahulu.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.