Datin Seri Rosmah Mansor malam tadi menghadiri jamuan makan malam gala amal bersempena International Women’s Federation of Commerce and Industry (IWFCI) Malaysia, Global Women’s Trade Summit 2017.

Isteri Perdana Menteri itu diiringi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan Presiden IWFCI Malaysia, Datuk Elaine Teh.

Majlis makan malam itu turut mengetengahkan pertunjukan fesyen yang mana pakaian yang diperagakan dijual bagi tujuan mengumpulkan dana.

Sidang kemuncak selama dua hari yang bermula semalam menampilkan pemimpin antarabangsa, usahawan berjaya dan tokoh korporat berprofil tinggi untuk berkongsi perjalanan dan pengalaman mereka dengan para delegasi.

IWFCI ditubuhkan di Melbourne, Australia pada tahun 1992.

Dengan rangkaian perniagaan sedunia di 12 negara termasuk Amerika Syarikat, Rusia, Australia, China, Singapura dan Korea Selatan, ia merupakan antara badan yang dikenali dalam dunia korporat.

- Bernama