Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Pua: Betulkah KWSP setuju labur di AS?
Diterbitkan:  Sep 18, 2017 9:52 AM
Dikemaskini: 4:08 AM

Meskipun menjadi hak atau prerogatif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk melabur di luar negara selepas menjalankan ‘usaha wajar’ namun, seorang ahli parlimen DAP mempersoalkan pembabitan dana AS$3 bilion hingga AS$4 bilion di Amerika Syarikat.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mengulas kenytaan Perdana Menteri Najib Datuk Seri Najib Razak, yang menafikan bahawa terdapat campur tangan politik dalam keputusan melabur dalam pembangunan semula infrastruktur di amerika Syarikat.

“Memandangkan Datuk Seri Najib mendakwa keputusan itu bukannya dibuat oleh ahli politik, kami ingin bertanya jika jawatankuasa pelaburan KWSP telah membuat keputusan untuk melabur AS$3 bilion hingga AS$4 bilion untuk menyokong pembangunan semula infrastruktur di Amerika Syarikat ?

"Kami tidak mempersoalkan hak KWSP untuk melabur di luar negara. Ia adalah prerogatif KWSP untuk melabur sejumlah wang di luar negara selepas menjalankan analisis yang diperlukan dan usaha wajar oleh jawatankuasa pelaburan.

“Namun, bagi rakyat Malaysia, tidak ada resolusi atau komitmen yang KWSP mahu melabur jumlah yang besar itu untuk menyokong pembangunan semula infrastruktur di Amerika Syarikat,” kata Pua.

Sekiranya keputusan pelaburan itu tidak dipengaruhi oleh politik, dan jika KWSP tidak memutuskan untuk melabur jumlah tertentu di AS, ia hanya bermakna bahawa perdana menteri telah menjual janji kosong kepada Presiden AS Donald Trump, kata Pua.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan pengumumannya bahawa dana KWSP akan dilaburkan di Amerika Syarikat dengan berkata keputusan itu “bukan dibuat oleh orang politik, tetapi jawatankuasa pelaburan.”

Beliau juga telah membidas pembangkang sebagai “dangkal dan bukan cerdik sangat” kerana mengkritik langkah itu dan mengesyorkan pelaburan tempatan.

Mengulas isu itu, Pua menyoal mengapa negara mahu berbelanja berbilion-bilion duit yang cuba dijimatkan untuk menyokong Amerika Syarikat sedangkan Malaysia sangat memerlukan keperluan yang sama.

"Kita tidak mempunyai wang untuk membina infrastruktur sendiri dan perdana menteri kita mahu membantu menjadikan Amerika hebat sekali lagi," katanya dalam satu kenyataan hari ini, dengan menyebut bagaimana negara terpaksa meminjam RM55 juta untuk membina projek Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL) sebagai contoh.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS