Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘PKA tidak mampu bina PKFZ dalam fasa tunggal’

Pihak Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) sepatutnya tidak bersetuju untuk membangunkan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) seluas 1,000 ekar dalam "fasa tunggal" pada tahun 2004 disebabkan kedudukan kewangannya yang lemah.

Bekas Pengerusi PKA Datuk Lee Hwa Beng berkata demikian ketika memberi keterangan dalam saman sivil yang dikemukakan oleh PKA terhadap bekas pengurus besarnya, OC Phang di Mahkamah Tinggi Shah Alam atas dakwaan melanggar kewajipan fidusiari.

Lee berhujah bahawa walaupun PKA mampu menyewakan hartanah bermilai RM1 bilion itu, termasuk tanah, bangunan, dan hotel setelah siap kelak, sewa yang dikumpulkan tidak dapat menampung kos pembinaan.

"Sewa yang dikumpul tidak akan dapat membayar kosnya," kata beliau dalam satu prosiding di hadapan Hakim M Gunalan.

Menurut Lee, ini kemudian dibuktikan bahawa beberapa hartanah itu memang gagal disewakan.

"Tetapi ketika itu, tidak ada seorang pun (di dalam lembaga PKA) yang peduli (melihat ini dari perspektif kewangan). Tiada siapa yang membantah," katanya ketika disoal oleh peguam Phang, Matthew Thomas Phillip.

Lee turut mempersoalkan keputusan PKA dan Kementerian Pengangkutan yang bersetuju mengubah projek beberapa fasa PKFZ kepada projek fasa tunggal.

Keputusan itu dibuat selepas kerajaan dikatkan berminat dengan pembinaan sebuah hab perkapalan mega mengikut model Jebel Ali di Dubai.

Menurut pelan asal PKA yang diluluskan oleh kabinet pada tahun 2002, pemaju Kuala Dimensi Sdn Bhd pada mulanya mesti membangunkan 400 ekar tanah mengikut fasa pertama, dengan harga kira-kira RM400 juta.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS