Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita

Di saat fahaman liberalisme sentiasa menjadi kambing hitam dalam politik Malaysia, seorang sarjana Turki memberi peringatan yang golongan liberal yang antara menjadi pembela utama hak orang Islam di negara mereka menjadi minoriti.

Mustafa Akyol berkata, orang Islam - serta golongan minoriti lain - dilihat sangat menyukai fahaman demokrasi liberal, tetapi hanya apabila mereka tidak di tampuk kuasa.

Memberikan dasar laicite di Perancis sebagai contoh, beliau berkata golongan liberal yang menjadi pembela kepada hak orang Islam di sana untuk memakai tudung dan 'burkini', selepas kerajaan cuba menyekat pemakaiannya.

Laicite adalah konsep sekularisme yang diamalkan di Perancis, yang menyekat unsur dan penglibatan agama dalam hal dan ruang awam.

Ia berbeza dengan konsep sekularisme di negara lain yang mengambil pendekatan neutral terhadap agama.

"(Larangan tudung) adalah tidak liberal, dan siapa yang mempertahankan hak orang Islam untuk memakai burkini? Liberal. Muslim sangat suka golonan liberal; mereka membela hak kita.

"Tetapi bagaimana dengan hak untuk tidak memakai hijab di Arab Saudi atau Iran? Lalu golongan liberal (digelar) korup, rosak dan kita kecam mereka. Kita ada kuasa, (maka) kita tidak perlukan hal seperti itu," katanya dalam program syarahan anjuran badan pemikir Research for Social Advancement (Refsa) di Kuala Lumpur semalam.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS