Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Lim, exco tak tahu projek tebatan banjir 'memalukan'
Diterbitkan:  Sep 26, 2017 10:58 AM
Dikemaskini: 3:01 AM

Sangat memalukan apabila kerajaan Pulau Pinang kelihatan tidak tahu mengenai projek tebatan banjir bernilai RM2 bilion yang didanai kerajaan persekutuan, kata Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman.

Menurut Zainal Abidin projek berkenaan diketahui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) iaitu agensi kerajaan di Pulau Pinang.

"Tanpa peruntukan tersebut tentu keadaan banjir di Pulau Pinang akan lebih teruk lagi terutamanya di sekitar kawasan Rancangan Tebatan Banjir yang telah dilaksanakan," katanya dalam satu kenyataan.

Zainal Abidin yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang kemudian mengecam Ketua Menteri Lim Guan Eng dan Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu-lintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow, yang tidak menyedari pembinaan projek berkenaan.

"Orang bukan berasal dari Pulau Pinang - seperti ketua menteri - tidak akan faham dan tahu tentang perkara sebegini," katanya.

Justeru Zainal Abidin meminta Lim dan Chow membuat semakan semula dengan JPS Pulau Pinang sebelum membuat sebarang tuduhan tidak berasas.

Sebahagian Pulau Pinang dinaiki air pada 15 September lalu dan Zainal Abidin mengkritik kerajaan negeri kerana banjir masih berlaku walaupun kerajaan pusat membelanjakan RM2 bilion untuk 10 projek tebatan banjir.

Antara projek yang disiapkan ialah di Bertam, Sungai Junjung dan Sungai Perai.

Ekoran kenyataan itu Lim meminta Zainal Abidin menunjukkan bukti projek terbabit dilaksanakan. Lim juga menyatakan RM1.1 bilion lagi belum dijelaskan oleh pusat.

Kata Zainal Abidin kenyataan dibuat Lim dan Chow menunjukkan kerajaan negeri tidak tahu-menahu apa yang berlaku di Pulau Pinang.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS