Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Ketik dan ia tiada lagi - AirAsia batal iklan seksis
Diterbitkan:  Sep 26, 2017 6:44 PM
Dikemaskini: 10:46 AM

AirAsia telah mengeluarkan iklan yang dipaparkan di Facebook selepas menerima bidasan daripada warga maya, yang menuduhnya sebagai seksis.

Pembatalan iklan itu disampaikan kepada Malaysiakini menerusi satu mesej teks dari pasukan komunikasi korporat syarikat penerbangan tambang murah itu.

"AirAsia menyedari maklum balas yang diterima berhubung iklan yang dipaparkan di laman Facebooknya yang telah dikeluarkan selepas kajian menyeluruh.

"AirAsia ingin memohon maaf atas kesulitan yang disebabkan oleh iklan itu," petik mesej itu.

Iklan itu memaparkan lukisan seorang wanita yang kelihatan seolah-olah memaparkan buah dadanya. Ayat yang tertera "OMG! (ketik untuk lihat)".

Apabila diketik, imej bersaiz penuh menunjukkan wanita itu memegang angka "99" untuk menunjukkan tambang murah syarikat penerbangan berkenaan,

"Anda bukan berangan-angan! 10,000 kerusi daripada harga RM99," baca tajuk tersebut.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS