Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Wanita terjatuh dari tingkat 5 Hospital Sultanah Bahiyah
Diterbitkan:  Sep 27, 2017 5:59 AM
Dikemaskini: Sep 27, 2017 3:43 AM

Seorang wanita patah tulang belakang apabila terjatuh dari tingkat lima Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar petang semalam.

Pengarah Kesihatan Kedah Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, siasatan awal mendapati wanita tempatan berusia 33 tahun itu berkunjung ke HSB bagi melawat seorang rakannya yang sedang dirawat.

"Wanita itu terjatuh dari tingkat lima dan terhempas di tingkat dua HSB... mangsa kini diberi rawatan kecemasan di Jabatan Kecemasan dan Trauma dan berada dalam keadaan stabil dan sedar," katanya menerusi kenyataan malam tadi.

Bagaimanapun mangsa yang sudah menjalani ujian X-Ray kini menunggu untuk ujian dan rawatan lanjut.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS