Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Iraq harap M'sia buka semula kedutaan di Baghdad
Diterbitkan:  Sep 28, 2017 6:09 AM
Dikemaskini: 10:17 PM

Iraq berharap Malaysia akan membuka semula kedutaannya di Baghdad untuk meningkatkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara terutama dalam sektor pendidikan untuk menawarkan lebih banyak peluang kepada rakyat Iraq melanjutkan pengajian di negara ini.

Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Iraq di Malaysia, Hassan Muhsen Al-Haidari berkata, pada masa lebih 5,000 pelajar Iraqi menyambung pengajian di Malaysia sama ada di universiti atau kolej awam dan swasta.

"Malaysia menjadi satu daripada destinasi penting bagi rakyat Iraq untuk melanjutkan pengajian mereka dan kami percaya jika Malaysia membuka semula kedutaannya di Baghdad, bilangan pelajar Iraq di negara ini akan meningkat dua kali ganda.

"Pembukaan semula kedutaan akan menyediakan saluran yang betul dan memudahkan rakyat untuk memasuki Malaysia dan ini akan memberi manfaat kepada banyak rakyat Iraqi," kata beliau dalam sidang media selepas melancarkan Persatuan Perundingan Profesional Iraq di Malaysia (IPCAM ) di ibunegara semalam.

Selain pendidikan, beliau berkata kedutaan juga akan membantu untuk meningkatkan kerjasama antara Malaysia dan Iraq dalam bidang-bidang lain seperti ekonomi dan pelancongan.

Menurut satu laporan, Malaysia menutup kedutaannya di Baghdad pada Mac 2003 kerana pergolakan dalaman di negara itu.

Mengenai IPCAM, Hassan berkata pihak kedutaan dan rakyat Iraqi mengalu-alukan inisiatif itu kerana ia akan membantu dan membimbing pelajarnya di negafra ini untuk mencapai matlamat mereka dalam pendidikan dengan cara paling efektif.

"Jumlah pelajar Iraqi di Malaysia semakin meningkat dengan sebahagian daripada mereka memasuki negara ini melalui ejen dan ada juga kes mereka ditipu oleh ejen. Penubuhan IPCAM akan membantu dan menjamin pelajar Iraq di negara ini," kata beliau.

IPCAM adalah sebuah organisasi perunding profesional yang menyediakan khidmat perunding untuk membantu dalam pendidikan, penempatan pelajar, pertukaran program, latihan dan bengkel untuk memastikan pendidikan yang selamat dan berkualiti disediakan bagi pelajar Iraqi.

- Bernama

Lihat Komen
ADS