Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Hindraf gesa HARAPAN tolak Waythamoorthy
Diterbitkan:  Sep 28, 2017 5:20 PM
Dikemaskini: 9:28 AM

Sekumpulan aktivis Hindraf hari ini menggesa Pakatan Harapan untuk menolak sebarang kerjasama dengan Pengerusi Persatuan Hindraf Malaysia P Waythamoorthy yang didakwa mereka telah hilang sokongan akar umbi kaum India.

Bercakap dalam sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor hari ini, jurucakap kumpulan itu S Jayathas berkata mereka juga bersedia bertemu pemimpin HARAPAN bagi mengemukakan bantahan secara rasmi.

"Kami prihatin dengan dakwaan P Waythamoorthy baru-baru ini bahawa dia dan kumpulan serpihan Hindrafnya mendapat sokongan meluas di kalangan masyarakat India.

"Atas alasan ini, dia juga meminta HARAPAN untuk mengakui kumpulan serpihan Hindrafnya sebagai sebahagian daripada gabungan itu," kata Jayathas yang disertai lima aktivis Hindraf yang lain.

Waythamoorthy kembali ke Malaysia pada 2012 setelah tinggal dalam pengasingan di London dan secara rasmi mendaftarkan pergerakan Hindraf - yang menyumbang kepada protes terbesar kaum India pada tahun 2007 - sebagai Persatuan Hindraf Malaysia.

Ini berikutan pertikaian antara Waythamoorthy dan pemimpin utama Hindraf ketika itu mengenai arah pergerakan itu.

Namun Jayathas menegaskan bahawa Waythamoorthy telah kehilangan sokongan akar umbi kaum India selepas beliau menandatangani memorandum persefahaman dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sebelum Pilihan Raya Umum ke-13

"Dia (Waythamoorthy) telah mengakuinya (menyokong BN) adalah kesilapan, tetapi tidak ada penyesalan atau permintaan maaf daripadanya ...", kata Jayathas merujuk kenyataan Waythamoorthy semasa forum di Kuala Lumpur bulan lepas.

Waythamoorthy juga memberitahu forum itu bahawa dia telah memulakan rundingan dengan kepimpinan HARAPAN berikutan penglibatan berterusan dengan masyarakat India berpendapatan rendah sejak peletakan jawatannya sebagai senator dan timbalan menteri pada tahun 2014.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS