Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

PARLIMEN l  Kerajaan sudah mendapatkan bantuan daripada Interpol bagi mengesan ahli perniagaan kontroversi, Jho Low.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Putrajaya yakin badan polis antarabangsa itu akan bertindak dengan profesional.

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mendapat apa-apa maklumat terperinci mengenainya daripada Interpol," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Ahmad Zahid berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Azmin Ali (PKR-Gombak).

Terdahulu Azmin membangkitkan persoalan sama ada PDRM ada memohon bantuan Interpol bagi mengesan lokasi Jho Low - atau nama sebenarnya Low Taek Jho - berada.

"Adakah polis akan mendapat bantuan Interpol dan menahan Jho Low utk disiasat?" katanya.

Tokoh perniagaan kelahiran Pulau Pinang itu disebut beberapa kali dalam dakwaan salah guna dana 1MDB dan didakwa mempunyai hubungan rapat dengan Datuk Seri Najib Razak.

Pada Ogos lalu Azmin yang juga menteri besar Selangor mengemukakan surat tuntutan kepada ketua polis negara ketika itu, Tan Sri Khalid Abu Bakar supaya PDRM menahan dan membawa pulang Jho Low ke negara ini.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS