Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Masalah DAP, BERSATU punca kelewatan pendaftaran HARAPAN

Kementerian Dalam Negeri mendakwa masalah yang dihadapi oleh BERSATU dan DAP sebagai punca kelewatan mendaftarkan gabungan Pakatan Harapan.

Pengerusi gabungan itu Tun Dr Mahathir Mohamad berkata alasan itu disampaikan kepadanya berikutan pertemuannya dengan Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim pagi ini.

Turut hadir pada pertemuan itu adalah pemimpin utama gabungan itu termasuk presiden keempat-empat parti komponen HARAPAN.

“Mereka menyatakan bahawa sebab mereka lambat memberitahu kami ialah kerana ada masalah dengan parti BERSATU dan ada masaalah dengan parti DAP.

“Masalah ini kalau diberitahu awal kepada kami, boleh kami selesaikan.

“Tiada ada niat oleh kami untuk membantah atau menimbulkan masalah kepada kerajaan. Apa juga kehendak kerajaan yang tidak melanggar undang-undang akan kami patuhi,” katanya
kepada pemberita selepas mesyuarat itu di Putrajaya, hari ini.

Mahathir berkata Pendaftar Pertubuhan (ROS) sepatutnya memaklumkan punca kelewatan itu dan bukannya berdiam diri.

Sebelum ini, Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pernah memberi amaran kepada BERSATU atas dakwaan melakukan tiga kesalahan.

Kesalahan itu adalah tidak mengadakan mesyuarat agung tahunan, menubuhkan sayap pemuda dikenali sebagai ARMADA dan menangguhkan mesyuarat agung tanpa peruntukan dalam perlembagaan parti sehingga boleh menyebabkan parti itu dibatalkan.

Masalah DAP pula berkaitan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebelum ini yang didakwa tidak sah sehingga memaksa parti itu terpaksa mengadakannya semula, baru-baru ini.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS