Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'PM tak pernah arah saya ambil tindakan pada sesiapa'

Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata Perdana Menteri tidak pernah mengarahkan beliau bertindak kepada sesiapa, begitu juga tiada pihak yang pernah menghalang beliau bertindak.

Dzulkifli berkata demikian sebagai menjawab soalan dalam sesi dialog dengan mahasiswa universiti jika beliau pernah menerima tekanan ahli politik agar tidak mengambil tindakan kepada sesiapa yang terlibat dengan rasuah.

"Semenjak dari 1 Ogos 2016 sehinggalah hari ini 4 Disember 2017, saya nak nyatakan di sini, dengar baik-baik, saya nak nyatakan bahawa tak pernah sama sekali YAB Perdana Menteri Malaysia, Najib tak pernah sama sekali, memberi apa-apa arahan untuk tak mengambil tindakan atau untuk ambil tindakan kepada mana-mana pihak, tak pernah.

"Tetapi apa yang kamu semuda dengar di media sosial seolah-olah SPRM dikongkong ikut telunjuk pemimpin negara.

"Saya nak nyatakan itu semua tak benar kerana kepimpinan Najib tak pernah sama sekali memberi apa-apa arahan, dan memberi kebebasan sepenuhnya untuk mengambil tindakan kepada siapa-siapa yang saya rasa perlu diambil tindakan," kata beliau.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS