Pemuda PAS sokong konsert Mawi di Kelantan
Terjemahan Pemuda PAS mengulangi sokongannya terhadap langkah Kerajaan PAS Kelantan menjemput juara Akademi Fantasia 3 (AF3), Mawi, untuk mengadakan persembahan konsert pada 1 Oktober ini sempena pengisytiharan Kota Bharu sebagai bandaraya Islam, walaupun dibantah oleh Dewan Ulama parti tersebut.
Terjemahan Pemuda PAS mengulangi sokongannya terhadap langkah Kerajaan PAS Kelantan menjemput juara Akademi Fantasia 3 (AF3), Mawi, untuk mengadakan persembahan konsert pada 1 Oktober ini sempena pengisytiharan Kota Bharu sebagai bandaraya Islam, walaupun dibantah oleh Dewan Ulama parti tersebut.
Ketuanya, Salahuddin Ayub berkata, beliau menyokong persembahan konsert tersebut serta keputusan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menyediakan hiburan alternatif dan kontemporari.
Lagi pula, katanya, langkah tersebut tidak melanggar hukum dan hanya merupakan satu pendekatan yang berbeza yang diambil oleh PAS untuk sampai kepada remaja, melalui hiburan alternatif.
Beliau menegaskan demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini yang Dewan Ulama PAS membantah tindakan Kerajaan PAS Kelantan, menjemput Mawi mengadakan persembahan di negeri itu.
Ketua dewan tersebut, Datuk Harun Taib dilaporkan berkata, ini kerana Mawi bukan seorang penyanyi hiburan Islam sebenar, sebaliknya dia adalah hasil produk sebuah rancangan realiti televisyen yang jelas menyimpang daripada ajaran Islam.
Beliau berkata, beliau tiada halangan sekiranya Kerajaan PAS Kelantan menjemput penyanyi yang benar-benar memperjuangkan hiburan Islam sebenar untuk membuat persembahan di negeri itu.
Tidak dibawa berbincang
Laporan itu juga memetik Harun sebagai berkata, beliau tidak pernah diajak berbincang mengenai perkara itu dan hanya mengetahui mengenainya melalui laporan media.
Mengulas lebih lanjut, Salahuddin berkata adalah tidak perlu Dewan Ulama diajak berbincang mengenai majlis yang dianjurkan oleh kerajaan negeri.
"Kami pun tidak diajak diberunding. Itu bukanlah satu masalah. Mengenai bantahan itu, saya rasa ianya lebih merupakan perbezaan pandangan," katanya.
Salahuddin juga berkata beliau melihatkan usaha Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS sebagai mencerminkan sikap keterbukaan dan melaluinya, visi parti itu sendiri.
"Ini selaras dengan pendirian kita untuk mendekati para remaja. Kita mesti menyayangi mereka, dan bukannya mengasingkan mereka. Membabitkan artis-artis alternatif akan membantu usaha tersebut. Saya sentiasa mengalukan pendekatan pro-aktif yang diambil oleh PAS," katanya.
Nik Aziz telah dilaporkan sebagai berkata, pihak-pihak yang membantu konsert dan artis yang dijemput, perlu mencadangkan program alternatif bagi acara tersebut.
Persembahan konsert selama dua jam itu akan turut disertai oleh penyanyi veteran M Nasir dan kumpulan nasyid Rabanni.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.